Thursday, May 27, 2010

INJAP TAYAR komponen penting..rupanya

R
Ramai yang lupa bahawa injap tayar juga penting dalam penjagaan tayar.
Injap atau 'valve stem' ini berfungsi untuk membenarkan angin masuk.
Ia juga, jika rosak, boleh menjadi punca angin keluar.

Walaupun injap tayar ialah komponen tayar yang paling murah, ia sebenarnya adalah komponen yang paling penting.

Gantikan injap tayar setiap kali anda menukar tayar. Ia juga perlu diperiksa setiap kali tayar dihantar untuk imbangan.

Jika boleh, jangan gunakan injap tayar yang terlalu murah(kalau murah tak berapa nak mahal xpe lee...), kerna mutu getah di dalam injap tersebut mungkin tidak tahan lama.

Untuk mereka yang menggunakan sistem pengesan tekanan udara, pastikan kedai tayar itu diberitahu sebelum menggantikan injap tayar.

Ada antara kita yang tidak begitu hiraukan penutup untuk injap tayar. Injap tayar perlu ditutup untuk mengelakkan debu atau batu kecil dari memasuki dan merosakkan injap tersebut.

Nota: Jika anda risau tentang penutup injap akan dicuri,
gunakan penutup injap dari aluminium yang
datang lengkap dengan kunci. :-)

1 comment:

  1. siapa yg mncuri di kedai kereta kt bercham hri tu? Lubang baik pnya. Putih debu keras mcm batu...

    ReplyDelete